Garage Terbuka




Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50-an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.
Pada suatu hari tu, bos ni memanggil dia punya setiausaha masuk ke ofisnya. Seperti biasa setiausahanya pun masuk.
“Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client” kata bos tadi.
Si bos ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. “Biasa la bos, malas nak tulis”. Cakap punya cakap, bos ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar. 10 minit kemudian bile setiausahanya selesai tulis surat tersebut, dia pun mula bersuara.

Setiausaha : bos.. pagi tadi kan, masa saya nak datang ke ofis, saya nampak pintu garage bos terbuka.
Bos : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke? Tak apa, nanti saya call rumah. Terima kasih.
Si setiausaha pun pulang semula ke meja dia dan si bos pun call rumah dan bertanya wife dia. 

Bos : Yang.. Tolong tengokkan garage rumah kita, pintu dia terbuka la.
Bini : Tak la bang. Baru tadi saya tengok, mana ada terbuka.
Bos : Iye.. Terbuka.. Cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk.. tertutup. Saya tahu la bang..
Bos : Pergi la tengok.. Kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak??
Bini : Okay la.. Okay la..

Setelah setengah jam kemudian semasa bos ni tengah rilex-rilex, baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka (dah memang perangai dia tak suka pakai underwear..). Maka nampaklah.. mengelabahlah si bos ni memikirkan macam mana nak cover malu kat setiausaha dia tu.. dan petang yang sama juga..

Bos : Errr.. Tadi pagi masa you nampak garage I terbuka, ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Setiausaha : Tak, yang I nampak cuma ada Mini Cooper, dengan dua tayar depannya pancit..
wakakaakakakaakaka

Moral: Jangan berlagak.. dan pastikan sentiasa berunderwear..

2 comments:

sitinurulaieen said...

opppsssss! terkantoi sudah...:)

hahahahah....lain kali jangan lupa tutup pintu garaj ye bosss......

orenskool said...

Saya bukan bos nya ok.
hee. :P