Air - Song For You



Don't cry just wept your pain from your eyes
Let's makes me for to your heart 
Sorry It's all I can say to your heart 
You're always with me 
You are my dream, my sweetest dream 
Please babe, don't leave me alone  
Hold me tight close in my arms 
I'm with you wherever you are 
You're always be, my have beloved and this love will last forever  
Trust me I know watch you having through 
Believe me I'm here for you 
Feel me I always be around you wherever I go

untuk: et

Suka? klik sini untuk download.

SabtuDay Holiday



Hai semua! Hehehe. Post kali ni aku nak kongsikan sikit "holiday" aku ke negara jiran, Thailand. Holiday nya cuma 1/2 hari je. Wahhh, excited tu. Buat kali pertama aku jejakkan kaki ke tanah thai. Apa nama tempat tu, Sutan? Kalau silap maaf ye. Hahaha. Perjalanan lebih kurang 2 jam jugak dari tempat belajar aku. Sampai je kat Wang Kelian, salah satu tempat yang mana sempadan malaysia-thailand, agak ramai jugak la orang kat sana. Barang-barang yang dijual pun agak murah. Kawasan bebas cukai la katakan. Dapat la jugak angkat jam "casio". Hehehe. Murah je, tapi berbaloi la. Lama dah cari jam ni. :)

Khusyuk tengok barang-barang, ternampak la orang keluar masuk dari border imigresen. Teringin pulak rasa nak ke seberang(thailand). Hehehe. Tapi takut, yela pasport pon tak ada. Tak pasal-pasal kena tahan dek pegawai imigresen. Sia-sia je kan? Tapi bila tengok satu family ni, macam rilex je masuk lintas kawasan imigresen tu, tak puas hati pulak. So, last2 try la jugak tanya sorang pakcik ni. Rupa-rupanya boleh pergi ke kawasan thailand ni, tapi tak boleh lebih 1 kilometer tanpa guna passport. Makin excited la kan, jadi aku pun try la. Hehehe. Akhirnya jejak jugak ke Thailand. Yahoo!

Sempat la jugak ambil gambar semua. Posing sana, posing sini. Semua signboard aku ambil gambar. Padahal tak tahu pun maksud signboard tu. Yela, tulisan thailand, haram satu pun aku tak paham. Hahaha. Nanti kalau ada masa aku upload ye. Tapi yang sedihnya tak dapat bila apa-apa barang pun, sebabnya, dorang guna matawang thai iaitu bath. So, cuma dapat tengok-tengok je la, cuci mata.

Lebih kurang 1 jam berjalan, rasa dah puas sangat. Then aku pun balik. Kembali ke Malaysia. Hahahaha. Macam jauh je. Padahal dekat je. Tapi best wo. Siyes! Thanks kepada yang sudi bawak saya ke sana. Maap pakai baju lama. :) Sekian.

Asus Transformer Prime




"Asus Transformer Prime"
Antara tablet android terbaik sekarang ni.
Mantap kn? Hahaha.
Nak tahu lebih detail: tekan sini
Saja nak share gambar, nak beli tak mampu lagi.
apa pun, aku suka gila layan movie transformers.
oh megan fox. Hahaha. Chow!

Best Video Player = Daum PotPlayer



Hello, kali ni aku nak kongsikan satu perisian untuk memutarkan semua format video sesuai dengan laptop korang. "Daum Potplayer". Mesti korang jarang dengar kn? Video player ni agak kurang popular berbanding video player yang lain. Tapi bagi aku, pendapat sendiri la kan, video player ni ada kelebihannya sendiri. Dari segi kualiti untuk menonton HD video, daum potplayer memang paling terbaik. Lagi satu, video player ni ringan dan smooth je bila nak mainkan satu-satu video tu. Berminat?

Untuk download. Klik sini.

Ada lagi nak kongsi ni, hehehe. Skin untuk "daum potplyer" iaitu zetro skin. Ringkas dan stail.


skin daum potplayer - zetro skin

Ok. Kalau tak paham, roger aku ye. Sekian.

Oh Perempuan, Merajuk



Merajuk? Biasa la tu, normal la bila perempuan merajuk dengan lelaki. Bila merajuk, habis muncung mulut dia panjang je, mata dia mula la jeling sana sini dan mula tak ada mood la. Hehehe. Pernah korang alami? Mungkin ada la sebab dia merajuk tu, korang tak ingat tarikh penting dia ke, tak belikan dia hadiah pape ke, cemburu ke, saja main-main nak uji ke atau merajuk sebab lelaki dia layan bola lebih dari dia ke. Hahaha. Merajuk bahaya ke? tak pasal-pasal putus lak hubungan, adoi. Ish! Tak sanggup ah aku! Takpe, lelaki pun merajuk jugak kadang-kadang. Bagaimana nak pujuk si dia supaya tidak merajuk lagi dan kembalikan mood si dia gembira semula, anda tahu?

SENYUM
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen dengan tak pasal-pasal senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga tau. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang, dah gila agaknya..

BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti kasut high heels si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar cam lawak Saiful Apek. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak antarabangsa korang. Tak gelak gak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’^^.

BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka ape? minat apa? ada apa-apa yang si dia idamkan?.cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair si dia, merajuk hilang. Err masih merajuk?. Cuba belikan kereta BMW 7 Series kat si dia, tak suka gak tak tahu la

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Hmm part ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je ngan korang, korang bagi sms/mms/voice sms kat si dia. Hantar la menunjukkan korang mintak maaf dan kalau boleh selitkan beberapa lawak antarabangsa ke. Senang je kan, tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun =P Guna surat je.~

BUAT ****H
Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat ****h je. Bila si dia marah, korang buat ****h gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang.hee~.

MERAJUK BALIK
Hmm paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk kat korang?.haha. Daripada korang kene pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang.hahaha. “U ni selalu je merajuk, benci la. I merajuk la dengan u” Err sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?

Ada berani mencuba?^^
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi, mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit + kecil + makan hati. Jadi lelaki patut tahu dan jaga mereka bagi tidak merajuk. Wanita pula patut bertimbang rasa dengan pasangan nya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap^^
to "awak",,maap ye.. (^_^)

credit to: http://wangerrard.com/

Ya Atau Tidak



Dalam dunia ni, cuma ada dua jenis orang je. 
Pertama, orang baik yang betul-betul buat benda baik 
Kedua orang jahat yang betul-betul buat benda jahat.

Lepas Gian



        Hello semua, mesti korang semua fikir lain kn bila baca tajuk kat atas. Hehe. Sebenarnya, aku dah lepas gian bermain futsal. Dah hampir 2 minggu aku tak dapat main futsal, gian woo. Jadi semalam dapatlah aku bermain futsal. Penat jugak tapi puas. 2 jam 30 minit. Naik reput tulang pinggang aku. Hahaha. Dengan tak warm up main bedal je main. Best memag best, tapi bila nak tidur tu, mula la sakit sini, sengal sana. Nasib baik la ada yoko-yoko. Korang tau kn apa itu yoko-yoko? Pertama kali aku guna benda ni, mula-mula sejuk je rasa, lepas 30 minit. Amek kau! Panas ya amat. Hahaha. Menyesal aku.
        Kawan-kawan aku yang kat kampung semua dah ada kasut futsal baru. Berwarna-warni tu. Suka pulak aku tengok dorang semua. Dah ada peningkatan, cewah! Macam power je aku ni. Hehehe. Padahal main tak seberapa pon. Tapi yang tak best nya semalam, padang futsal tu licin, kena tempias dek hujan petang nya. Low class punya court futsal. Terkontang-kanting aku main semalam. Tersungkur la, terlajak la. Kelakar pun ada.


        Ha! Gambar yang kat atas ni bukan ye. Hee. Ni nama dia Falcao, one of the futsal star player. Pemain Brasil. Hebat skil dia. Cara bermain tu jangan cakap la. Banyak video dia aku download. Ada satu video tu, dia tunjuk skill, aku tiru sampai sekarang tak jadi-jadi pun. Hahahaha. Apa daaa. Entah ek, training make someone perfect kot. Falcao ni idola aku beb. Memang minat sangat kat dia. Ada masa korang try la surf youtube tengok video dia ye. 
        Em okla geng, aku stop kat sini dulu. Just nak kongsi cerita je. Kepada budak-budak muda kat luar tu, daripada korang buat benda tak berfaedah malam-malam, cuba korang luangkan masa bermain futsal. Aku percaya ada kebaikannya. Hehehehe. Bye!

        

Are You In Love?



When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around, you might look around to find them.
At that moment, you are in love.

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.
Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the
messages in your answering machine because of one message
from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend", but you realize that you can not avoid that person's special attraction. At that moment, you are in love.

While you are reading this page, if someone
appears in your mind,
then u are in love with that person.


I always in love with you.....

Unwell



Hai, bosan la. Assigment dengan tak siap lagi. Batuk yang dah masuk 3 minggu tak baik-baik. Dengan bunyi katak kat bawah rumah lagi. Hahaha. Bising betul. Nasib baik cikgu depan rumah ni bagi pasword streamix dia, kalau tak memang bising+bosan la aku kat rumah ni. Nak tidur, rasa macam awal lagi. (2.08am) Dah pagi dah siot. :)

Tadi batuk lagi. Kuat pulak tu. Rasa macam memekak pulak, yela esok abang, adik dan mak aku kena bangun awal. Aku pulak, dah la tidur lambat, buat bising pulak dengan bunyi batuk ni. Macam-macam gaya aku buat untuk slowkn bunyi batuk ni. Hahaha, macam orang giler je kn. Lantak la. Last-last, tadi aku try la tahan batuk aku ni, peh! Sakit siak kat dada ni. Sumpah aku takkan tahan batuk lagi. Menyesal! Hahaha.


Tadi aku online ada jugak cari cara-cara untuk hilangkan batuk ni. Sekali keluar, kau banyak kot cara-caranya. Hahaha. Baca punya baca, pelik pon ada. Ada jugak yang bahan-bahannya aku tak ada. Yela mana nak cari pegaga? pisang separuh masak? 8 helai daun pudina? dan kulit kayu putih pagi-pagi buta cam ni. Hahaha. (padahal esok boleh kot). Takpelah, aku rasa esok lusa baik la kot batuk aku ni. Esok aku tibai la ubat batuk cap ibu dan anak. InsyAllah baik. Amin. Tapi, kalau tak baik jugak. Bahaya tu beb! I should go to hospital for medical checkup.

p/s: Batuk boleh menyebabkan puncanya penyakit tibi. Beware!

Facebook or Sex?




Suratan atau kebetulan? Aku ada facebook jugak, tapi bukan untuk sex, but for connect with others people. Ceh,,,

Affan Aizat



Siapa Affan Aizat? Mesti korang semua tak kenal dengan mamat ni. Dia ni tak famous di Tv mahupun di radio, tapi mamat ni tengah famous di Youtube. Suara dan skill bermain alat musik pun memang hebat.
Mempunyai impian untuk menjadi Penulis Lagu yang terkenal satu hari nanti.

Im not a good singer. My dream is to be a songwriter. I hope someday when the times come i could release my own composed song here and sell it.

Dibawah ni aku ada upload kn antaranya video yang dia upload. So, just nk kongsikan je. Enjoy!
video
video
Jadi, kalau korang nak layan video yang lain. Check la. Sila klik kat sini

Jangan Buat Muka Comel Kat Sini



video
Geng, video ini mungkin dah lama, tapi aku saja nak kongsikan. Tq to my special friend because this video. Enjoy la beb!

Despatch Boy Part 1



Kringgg!! Jam menunjukkan jam 6 pagi. Peh ngantuk gila rasa. Macam kejap je dah subuh. Malas gila nak pergi kerja hari ini. Tapi tak boleh, hidup bujang, nanti nak makan apa pulak aku kat KL ni.
Eh, lupa plak, nama aku Rian. Budak perantauan. Baru je habis belajar dan sekarang ni aku saja nak ambil pengalaman kerja ditempat orang. Selalunya duduk dengan mak dan ayah kat Johor sana. Bila dah duduk sorang-sorang ni, mencabar jugak rasa. Lambat dah aku ni, program suai kenal dah habis, aku kena siap-siap ni, subuh pun tak lagi, pukul 8 dah masuk kerja. Aku pergi mandi dulu. ...
        Hai abang, Mia pergi sekolah dulu ye. Hehe. Bai.
        ok, hee, Bai Mia!..
Mia, anak jiran aku. Agak manja budak ni, baru sekolah darjah 2 tapi bila bercakap agak petah. Disebabkan abang dan kakaknya duduk asrama, aku la tempat dia bermain. Mak ayah dia pun ramah dengan aku. Dialah tempat aku nak lepas rindu dengan adik-adik aku kat kampung. Mane pulak kunci moto aku ni. Vrooomm!! Cewah motor wave aku berbunyi. Hehe. Panaskan enjin jap. Jam dah pukul 7 ni, gerak awal boleh sarapan jap. Bai rumah!
Traffic jam plak. Hesh!. KL ni kalau tak sesak 1 hari tak boleh agaknya. Nasib baik moto aku ni boleh selit-selit, kalau tak memang kena marah dengan boss je la datang lewat.
"jika kau bercinta lagi, cinta la sesungguhnya...." (menyanyi sambil naik moto)
Sedang asyik menyanyi aku tak perasan pun ada 2 orang awek dalam kereta tengah khusyuk ketawa tengok aku. Hahahaha. Siot! Malu sey. Ah peduli la, buat-buat tak kenal sudah. Hahaha.

-sampai di ofis-
Baru 7.20 pagi ni, sempat lagi pergi sarap. Awal pulak aku sampai. Singgah mamak kat depan selekoh tu la. Pekena teh tarik panas dengan nasi lemak, masyuk jugak. Slurrpp!..
"mamak! teh tarik 1, nasi lemak special 1! makan!"
"ok siap macha"
Cibai punya mamak panggil aku macha. Hahaha. Hurmmm(sambil tengok keliling), bestnya ada awek, makan pun berteman. Tak la sunyi sangat macam aku ni. Kadang-kadang rasa nak jugak ada teman istimewa, tapi tula, tak ada jodoh lagi. Tak berkenan la kat mata aku ni. Apa pun makan dulu la, lapor bangat ni...Hee. Jemput semua.

Like a Radio



Hari ini baru dapat menaip, sebabnya aku masih tak dapat tidur lagi. Tak tahulah kenapa. Padahal tadi malam baru saja habis tournament futsal. Dan untuk kesian kali tetap kalah. Hahaha. Memang tak ada rezeki agaknya kot. tak power cakap aje la. puih! minggu depan cuti sem dah mula, tapi masa-masa ni la lecturer mula nak bagi kerja berlambak. Macam siot je tak bagi cuti dengan tenang. dah la kena submit before cuti. ceh! nak tak nk kena buat jugak la.

        Dua minggu lepas, aku baru je beli laptop baru. Model Asus A43S. Lama aku duduk kat dalam kedai tu, keluar masuk, belek sana, belek sini. Dan akhirnya laptop ni yang jadi pilihan. Seperti mana yang aku tahu, ASUS memang dipercayai akan ketahanannya. Spesifikasi laptop ni pun bagi aku memang ok. Tapi yang penting ada graphic card. That the important thing I buy this laptop plus based on my budget. Hehehe. Tambahan lagi aku seorang kaki game yang tegar. Huhuhu. Jadi, game pertama yang aku install dalam laptop baru ni ialah PES 2012. Peh! Smooth gila masa main. Memang puas hati. Siap setting high tu. So, pembelian aku memang berbaloi aku rasa. Harga pun tidak berapa mahal. Eh? Dah cuba main game PES 2012? Best kn? Have a lot of improvement from previous edition, PES 2011. Dari segi cara permainan, passing, pertahanan dan menyerang. Kalau belum cuba, pergi la ke kedai game terdekat atau download je dari internet. Best game ever for me. 
Hurm, aku stop kat sini dulu. see ya!

Triad - Ratu Dihatiku



pernah aku mencintai wanita
tapi tak seperti saat ku mencintaimu
pernah aku merindukan wanita
tapi tak seperti saat ku merindukanmu
kamulah ratu di dalam hatiku
ku cinta kamu sampai mati
takkan pernah ada wanita yang bisa
menggantikan kamu di hatiku  menjadi ratu di hatiku
pernah aku menikmati wanita
tapi tak seperti saat ku menikmatimu
pernah aku menangisi wanita
tapi tak seperti saat ku menangisimu
kamulah ratu di dalam hatiku
ku cinta kamu sampai mati
takkan pernah ada wanita yang bisa
menggantikan kamu di hatiku  menjadi ratu di hatiku
kamulah ratu di dalam hatiku
ku cinta kamu sampai mati
takkan pernah ada wanita yang bisa
menggantikan kamu di hatiku
menjadi ratu di hatiku
menjadi ratu di hatiku
menjadi ratu di hatiku
menjadi ratu di hatiku

song by: TRIAD

Bajet 2012 - Malaysia




Jumlah bajet 2012 – RM232.8 bilion.
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion.
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion.

    * Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
    * Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
    * Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
    * Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
    * Peruntukan rancakkan pembangunan - Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
    * Kereta hibrid - Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
    * RM1 bilion untuk sekolah - Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.
    * RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. - Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
    * Felda - Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
    * Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
    * RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
    * Yuran sekolah - Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
    * Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
    * Pencen - 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
    * Kakitangan awam - Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
    * Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
    * Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
    * Polis - RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
    * Keluarga tentera - RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
    * Subsidi - Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
    * Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Cuba Try



1) Pergi ke Google, dan taip 'Graviti Google'.

2) Klik pada hasil yang pertama muncul iaitu Graviti Google.

3) Tunggu 2 saat. Sesuatu yang best akan berlaku!


4) Main dengannya untuk seketika.

5) Kemudian tulis apa-apa perkataan dalam bar carian Google dan tekan Enter.

6) Tunggu dan lihat. Sesuatu yang lebih best akan berlaku. Awesome!!

Jika



Jika dia datang,
Katakan padanya yang aku telah tiada...
Jika dia tanya kemana kupergi,
Katakan padanya yang dia takkan mengerti...
Jika dia tanya sekali lagi, katakan padanya adakah dia ingati janji?
Jika dia berkata ’JANJI’?
Katakan padanya ”YA, JANJI YANG TELAH KAU MUNGKIRI”,
Jika dia bertanya janji apa yang telah dimungkiri?
Katakan padanya janji yang pernah dibuat suatu masa dahulu dan janji yang bakal dibuat suatu masa nanti...
Jika dia berkata yang dia masih tidak mengerti,
Katakan padanya yang dia akan mengerti bila hatinya pula dilukai...
Jika dia bertanya adakah dia telah melukai?
Katakan ya padanya, dan katakan juga bahawa orang yang dilukai sedang bersedih hati...
Jika dia bertanya apakah yang telah dijanji?
Katakan padanya janji sehidup semati...
Jika dia bertanya dengan siapa dia ingin sehidup semati?
Katakan padanya pada insan yang kononnya pernah dicintai...
Jika dia bertanya siapakah gerangan diri?
Katakan padanya insan yang mencintai dirinya dari dulu hingga kini...
Jika dia bertanya ”BEGITU SAYANG DIA PADAKU?”
Katakan padanya ”HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU”...
Jika dia bertanya ”SEJAUH MANA?”
Katakan padanya ”TAK AKAN KAU JUMPA WALAU KE HUJUNG DUNIA”

created by orenskool

Letto - Dalam Duka



dalam duka by LETTO

dalam suka ku percaya
kau kan bisa menemani dengan cinta
dalam duka ku bertanya
bagaimana dalam hatimu bicara

cerita yang kita punya
takkan ada jika tak percaya

di saat hampa harimu dan saat hampa hatimu
ku kan ada, ku di sana, menemanimu selalu
di saat hilang jalanmu dan saat hilang nafasmu
ku kan ada, ku di sana, menemanimu selalu
dalam cinta ku bertanya
sampai mana rasa ini kan dicoba

nak? klik kat sini

Suka Suki



When you love someone, it's something,
When someone love you, it's nothing,
When you love someone, then they love you back..
It's everything..

Have You Seen My Heart?



ALLAH gave u two legs to walk,
two eyes to see,
two ear to hear,
two hand to hold..
BUT why ALLAH gave you only one heart???
because ALLAH gave the other one heart to someone that u have to FIND IT!

Bermulanya Cuti



Hello. Sekarang dah masuknya time cuti pertengahan semester. Lebih kurang 3 bulan juga. Best. Macam macam boleh buat. Kerja, tidur, main futsal, lepak. Banyak lagi ni. Hahaha. Kawan kawan yang sem last lepas ni praktikal harap harap dapat jumpa lagi korang semua. Best moment in my life. Best sangat ada kawan macam mereka mereka ni. Maaf kalau ada salah silap. Nanti hantar report tu jenguk jenguk la aku ye. Huhu. Lagi 1, cuti 3 bulan ni, susah la aku nak jumpa my soul aka GF aku. Sekarang mungkin tak rasa sangat rindu tu, nanti dah masuk seminggu atau 2 minggu (awalnya) haaa...Baru tau rindunya macam mana. Jiwang siot. Harap dia fikir apa yang aku tengah fikir sekarang. I hope you know dear, because of you, a thousand light was smile. :)) Apa pun, harap cuti nanti dapatlah aku post atau update blog aku ni. Em, ok lah, jumpa lagi. Chow!

Exam Tamat



Hello. Yahhhhooo000ooo!! Hari ini hari last aku exam. Best sey. Pastu 2 hari kemudian balik rumah. Dapat tidur sepuas puasnya. Makan semakan makannya. Hahaha. Doakan aku ya. Daaa =))



Spider Player = My Best Audio Player Ever



Hello. Kali ini aku nak kongsikan software audio player yang mana bagi aku sangat-sangat best. Korang tak suka korang punya pasal. Hee. Spider player? Jarang dengar kan. Spider player ini tak seGLAMOUR winamp, aimplayer dan lain-lain. Kelebihan? Emm. Amazing sound quality, Crossfading and Surround Sound. Skin spider player ni pun banyak. Dekat bawah tu screenshot software ni. lagi satu, spider player ni support minilyrics. Itu yang aku suka sangat tu. Berminat?






Baik Punya Karangan



klik untuk besarkan

Exam = Pening



Hello. Minggu exam dah bermula. Pagi esok examnya. Adoi peningnya. 4 Paper dah lepas dah. Huhuhu. Pening dah datang dah. Time-time ni la pening ni nak datang. Apa pun, doakan aku ya..amin..

Edit Gambar Guna Photoscape



Hello. Kali ini aku nak kongsi sikit tentang photoscape. Bukan photoshop ye. Hehehe. Photoscape ni kalau nak dibandingkan dengan photoshop memang agak kurang fungsinya, tapi percayalah photoscape ni banyak benda kita boleh buat. Selain edit gambar, macam-macam lagi boleh, yang penting korang kena banyak try and error. Huhuhu. Sebagai rujukan atau tutorial, korang boleh ke halaman ni.



Percayalah software ni memang best. Aku confirm. Tutorialnya pun agak mudah. Berminat? Ini link downloadnya..

psstt...Photoscape ni boleh edit gambar korang jadi HDR..Ini tutorialnya..:

Open photoscape, pilih gambar,
Kilk backlight, pilih (+/-) 200,
Sharpen - redius 5.0, amount 150%,
Filter - blur 8....
Hehe..kalau tak paham, tanya aku ye. Sebab tutorial ni aku yang reka sendiri. Thanks..

.Europe Champion League 2011.



Hello. Siapa sokong Barca? Siapa sokong Man U? Hehehehe. Maaf aku tidak sokong salah satu pun. Sebabnya pasukan pilihan aku dah tak layak awal-awal lagi. I'm the gunners. Arsenal! Huh! Tapi arsenal dah dikalahkan oleh Barca. Padan muka aku. Jadi final 28 May nanti aku akan sokong Man U. Hahaha. Firasat korang semua pasukan mana yang akan menang? Barca memang diakui cara permainan antara yang terbaik didunia sekarang ini. Tapi mengikut pengalaman, Man U yang mendahului. Susah juga kalau nak main teka-teka ni. Final masing-masing kena main dengan tenang dan berhati-hati. Silap-silap kena kad merah. Hancus terus! So, last word dari aku, kita jumpa final nanti ya. Arsenal! arsenal! hahaha..

Pro evolution soccer 6 (PC)



Hello. Aku rasa mesti ramai lagi kawan-kawan diluar sana masih memainkan game PES 6 ini. Walaupun sekarang konami telah pun mengeluarkan PES2011, namun masih ramai lagi yang tegar untuk memainkan game PES 6 ini. Salah seorangnya ialah aku. Haha. Tapi masih ramai lagi tidak tahu bahawa adakah lagi file-file atau apa-apa saja untuk update PES 6 ini. Haa, ini aku nak kongsikan satu blog atau laman web yang kita semua boleh rujuk atau tahu perkembangan tentang PES 6 ini. Diantaranya.

www.pesevo6.wordpress.com
http://www.evo-web.co.uk/forums/

Banyak tutorial dan update untuk PES 6 kat dua web di atas. Dari update bola, baju, stadium, lineup pemain, face, hair dan macam-macam la. Last word. Kalau ada yang tidak paham atau konpius. Tanyalah ke tuan punya tanah blog tu ya. Chow..

Software Malwarebytes Anti-Malware



Hello. Post yang pertama aku nak kongsikan ialah software yang boleh halang virus dari masuk ke laptop atau pc. Sekarang ini, banyak komen atau aduan dari kawan-kawan aku yang mengatakan semua benda dalam pendrive ataupun laptopnya jadi shortcut. Dan mereka yang geram terus saja format. Uh! Sebenarnya banyak cara untuk halang virus shortcut ini. Antaranya software malwarebytes anti malware. Malwarebytes Anti-Malware dirancang untuk cepat mendeteksi, menghancurkan, dan mencegah malware juga Malwarebytes Anti – Malware dapat mendeteksi dan menghapus virus. Silakan sedut. huhu.
http://www.mediafire.com/?6g49i58f8fwo43l

First Hello



Hello semua. Selamat datang ke blog aku. Harap sudi berkawan dan berteman. Simple dan open minded. Semua cerita kat dalam blog ni, hanyalah sedikit pengalaman hidup yang ingin dikongsi bersama. Dan ada la jugak direka-reka. Hee. Komen dari korang semua, positif bagi aku. Thanks bagi masa untuk seketika pada blog kecik ni. Hee. Chow!