Bestnya Hidup



Salam semua, lama jugak rasanya jari ni tak bertaip-taip. Huhu. Bukan malas, idea banyak, cuma nak menaip dan mengarang tu yang malas. Eh kira malas la tu. Haha. Apalah aku ni.

Hari ni dah masuk minggu ke 2 aku bercuti semester. Best tu memang la best. Boleh makan sepuasnya, tidur lambat bangun pun lambat, online 24 jam, main bola. Kira semuanya best-best la. Hehehe. Tapi tak boleh amalkan selalu, sebabnya mak aku kadang-kadang marah. Haha. Tadi baru je kena marah.
"Esok kau bangun cepat! hantar mak pergi pasar!"
Ok bos aku jawab. Haha. Mak oh mak, bagi la saya can untuk berehat. :P

Waktu cuti ni, banyak aku dengar kawan-kawan dari zaman sekolah dulu dah nak bertunang. Ada jugak yang dah berkahwin. Tahniah la aku cakap. Dalam hati. Bukan apa, jeles pun ada, aku ni ha belajar pun tak habis lagi, apatah lagi nak kerja. Hurm. Cobaan. Belajar rajin-rajin ye. Kumpul duit banyak-banyak, main saham ke, dah berlambak. Baru boleh fikir pasal kahwin. Kan mak kan? Hahaha. Mak aku selalu pesan cam gi tu. Thanks mak.

Baru-baru ni aku ada baca 1 artikel, yang mengatakan air coca-cola tu ada alkohol. Uh! Setelah 125 tahun baru coca-cola memberitahu kepada dunia bahawa kandungan dalam air dorang tu ada alkohol. Macam tak percaya kan? Lepas ni haram takkan sesekali pun aku beli air ni lagi. Hee. Buat air milo kat rumah lagi best. Betul tak?


Okla, habis cerita pasal air ni. Aku rasa tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul. I love Rasullullah. Hee. Ingat geng, contohi semua sifat-sifat Rasullullah kita. Hayati pengorbanan beliau, kisah beliau dan jangan lupa ambil teladan. Cewah! Macam baik sangat je aku ni. Tapi tak salah kan? Hahaha.

Em okla geng, sampai kat sini dulu. Eh lupa, hepi thaipusam jugak ye. :P
Salam...

1 comments:

sitinurulaieen said...

bestnye hidup awk...hehe