SabtuDay Holiday



Hai semua! Hehehe. Post kali ni aku nak kongsikan sikit "holiday" aku ke negara jiran, Thailand. Holiday nya cuma 1/2 hari je. Wahhh, excited tu. Buat kali pertama aku jejakkan kaki ke tanah thai. Apa nama tempat tu, Sutan? Kalau silap maaf ye. Hahaha. Perjalanan lebih kurang 2 jam jugak dari tempat belajar aku. Sampai je kat Wang Kelian, salah satu tempat yang mana sempadan malaysia-thailand, agak ramai jugak la orang kat sana. Barang-barang yang dijual pun agak murah. Kawasan bebas cukai la katakan. Dapat la jugak angkat jam "casio". Hehehe. Murah je, tapi berbaloi la. Lama dah cari jam ni. :)

Khusyuk tengok barang-barang, ternampak la orang keluar masuk dari border imigresen. Teringin pulak rasa nak ke seberang(thailand). Hehehe. Tapi takut, yela pasport pon tak ada. Tak pasal-pasal kena tahan dek pegawai imigresen. Sia-sia je kan? Tapi bila tengok satu family ni, macam rilex je masuk lintas kawasan imigresen tu, tak puas hati pulak. So, last2 try la jugak tanya sorang pakcik ni. Rupa-rupanya boleh pergi ke kawasan thailand ni, tapi tak boleh lebih 1 kilometer tanpa guna passport. Makin excited la kan, jadi aku pun try la. Hehehe. Akhirnya jejak jugak ke Thailand. Yahoo!

Sempat la jugak ambil gambar semua. Posing sana, posing sini. Semua signboard aku ambil gambar. Padahal tak tahu pun maksud signboard tu. Yela, tulisan thailand, haram satu pun aku tak paham. Hahaha. Nanti kalau ada masa aku upload ye. Tapi yang sedihnya tak dapat bila apa-apa barang pun, sebabnya, dorang guna matawang thai iaitu bath. So, cuma dapat tengok-tengok je la, cuci mata.

Lebih kurang 1 jam berjalan, rasa dah puas sangat. Then aku pun balik. Kembali ke Malaysia. Hahahaha. Macam jauh je. Padahal dekat je. Tapi best wo. Siyes! Thanks kepada yang sudi bawak saya ke sana. Maap pakai baju lama. :) Sekian.

1 comments:

sitinurulaieen said...

macam seronok je awak g jalan2.. bace pon dah tau awk heppy..hehe...