Despatch Boy Part 1



Kringgg!! Jam menunjukkan jam 6 pagi. Peh ngantuk gila rasa. Macam kejap je dah subuh. Malas gila nak pergi kerja hari ini. Tapi tak boleh, hidup bujang, nanti nak makan apa pulak aku kat KL ni.
Eh, lupa plak, nama aku Rian. Budak perantauan. Baru je habis belajar dan sekarang ni aku saja nak ambil pengalaman kerja ditempat orang. Selalunya duduk dengan mak dan ayah kat Johor sana. Bila dah duduk sorang-sorang ni, mencabar jugak rasa. Lambat dah aku ni, program suai kenal dah habis, aku kena siap-siap ni, subuh pun tak lagi, pukul 8 dah masuk kerja. Aku pergi mandi dulu. ...
        Hai abang, Mia pergi sekolah dulu ye. Hehe. Bai.
        ok, hee, Bai Mia!..
Mia, anak jiran aku. Agak manja budak ni, baru sekolah darjah 2 tapi bila bercakap agak petah. Disebabkan abang dan kakaknya duduk asrama, aku la tempat dia bermain. Mak ayah dia pun ramah dengan aku. Dialah tempat aku nak lepas rindu dengan adik-adik aku kat kampung. Mane pulak kunci moto aku ni. Vrooomm!! Cewah motor wave aku berbunyi. Hehe. Panaskan enjin jap. Jam dah pukul 7 ni, gerak awal boleh sarapan jap. Bai rumah!
Traffic jam plak. Hesh!. KL ni kalau tak sesak 1 hari tak boleh agaknya. Nasib baik moto aku ni boleh selit-selit, kalau tak memang kena marah dengan boss je la datang lewat.
"jika kau bercinta lagi, cinta la sesungguhnya...." (menyanyi sambil naik moto)
Sedang asyik menyanyi aku tak perasan pun ada 2 orang awek dalam kereta tengah khusyuk ketawa tengok aku. Hahahaha. Siot! Malu sey. Ah peduli la, buat-buat tak kenal sudah. Hahaha.

-sampai di ofis-
Baru 7.20 pagi ni, sempat lagi pergi sarap. Awal pulak aku sampai. Singgah mamak kat depan selekoh tu la. Pekena teh tarik panas dengan nasi lemak, masyuk jugak. Slurrpp!..
"mamak! teh tarik 1, nasi lemak special 1! makan!"
"ok siap macha"
Cibai punya mamak panggil aku macha. Hahaha. Hurmmm(sambil tengok keliling), bestnya ada awek, makan pun berteman. Tak la sunyi sangat macam aku ni. Kadang-kadang rasa nak jugak ada teman istimewa, tapi tula, tak ada jodoh lagi. Tak berkenan la kat mata aku ni. Apa pun makan dulu la, lapor bangat ni...Hee. Jemput semua.

4 comments:

sitinurulaieen said...

wah...best2!

sila sambung part 2...nak tau cerita selanjutnya..can't wait..


keep it up!

orenskool said...

sabar ye cik siti..
tunggu idea mari..

sitinurulaieen said...

hehe...okey dokey!


creative thought! I like...;)

orenskool said...

TQVM.