Jika



Jika dia datang,
Katakan padanya yang aku telah tiada...
Jika dia tanya kemana kupergi,
Katakan padanya yang dia takkan mengerti...
Jika dia tanya sekali lagi, katakan padanya adakah dia ingati janji?
Jika dia berkata ’JANJI’?
Katakan padanya ”YA, JANJI YANG TELAH KAU MUNGKIRI”,
Jika dia bertanya janji apa yang telah dimungkiri?
Katakan padanya janji yang pernah dibuat suatu masa dahulu dan janji yang bakal dibuat suatu masa nanti...
Jika dia berkata yang dia masih tidak mengerti,
Katakan padanya yang dia akan mengerti bila hatinya pula dilukai...
Jika dia bertanya adakah dia telah melukai?
Katakan ya padanya, dan katakan juga bahawa orang yang dilukai sedang bersedih hati...
Jika dia bertanya apakah yang telah dijanji?
Katakan padanya janji sehidup semati...
Jika dia bertanya dengan siapa dia ingin sehidup semati?
Katakan padanya pada insan yang kononnya pernah dicintai...
Jika dia bertanya siapakah gerangan diri?
Katakan padanya insan yang mencintai dirinya dari dulu hingga kini...
Jika dia bertanya ”BEGITU SAYANG DIA PADAKU?”
Katakan padanya ”HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU”...
Jika dia bertanya ”SEJAUH MANA?”
Katakan padanya ”TAK AKAN KAU JUMPA WALAU KE HUJUNG DUNIA”

created by orenskool

1 comments:

bed berry said...

wawawaaaaa..
pinjam bahuuuu..
+_+