Software free isms v2.0 for nokia 5800



Hello! Hello !
Salam semua. Post kali ni pendek je. Aku nak kongsikan software untuk nokia 5800 atau s60v5 iaitu free isms v2.0. Ini merupakan version terbaru. Software ni merupakan software untuk ber'messaging' dengan kawan korang ala-ala iphone. Ala-ala? What alal-ala? (ala-ala = seperti) Hehehe. Kat bawah ni aku tunjukkkan overview untuk software ni. Hope korang suka. Ok, bai !

suka?
Link untuk download: klik disini

Loving You Maya



Hehe, saja suka-suka. Layan je. :P

Satu hari di rumah no 4, Taman Mahkota..

Jack: Hurm, macam mana lah aku nak usha sorang awek ni ek. Selalunya tak pernah malu, gugup pun tak pernah. Tapi kali ni lain macam pulak rasanya. Idea oh idea. Tolong lah kat aku. Hehehe.

Jack, seorang budak lelaki berumur 20 tahun, fans hard kepada band hujan, suka giler dekat sorang awek ni bernama Maya. Tetapi dia malu dan gementar sangat-sangat untuk berterus terang dengan awek tu. Maya, seorang gadis yang suka berkemeja petak-petak berumur 19 tahun. Tinggal berdekatan dengan rumah Jack. Sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran, Maya bekerja sementara sebagai cashier di kedai 7 eleven berdekatan dengan taman perumahan mereka.

Maya mula bekerja pada jam 10 pagi dan pulang pada jam 8.30 malam. Setiap hari, Maya akan menaiki scooternya yang comel untuk ke tempat kerja. Begitulah rutin harian Maya setiap hari. Jack pulak, bekerja sebagai pembantu merangkap boss di kedai cyber cafe milik abangnya. Waktu bekerja bagi Jack pulak adalah mengikut mood dia. Kalau lambat dia bangun, lambat lah cyber cafe tu nak bukak. Jadi, tepat jam 10 pagi, abangnya akan telefon dia untuk mengejutnya dari tidur supaya bangun buka kedai.

Kedai cyber cafe Jack terletak berhadapan dengan kedai 7 eleven tempat Maya bekerja. Cuma jalan sehala yang menghalang kedai mereka dari bercantum. Hehehe. Disebabkan itulah, Jack mula perasan bahawa ada awek yang comel bekerja dekat dengan kedai nya. Dan disebabkan itulah Jack rajin pergi kerja. Hahaha.

Sebenarnya, jack dah lama nak luahkan perasaannya kepada Maya tapi keseganan sering menghalang. Hampir 2 bulan jack memendam rasa, dan tibalah pada hari ini, jack mendapat idea dan bertekad untuk berterus terang kepada Maya.

Dengan langkah yang jiwang dan yakin, berkasut puma cabana dan berbaju pacman, Jack berjalan keluar dari kedainya, melintas jalan dan menuju ke kedai 7 eleven. Matanya tajam memandang Maya yang berada di kaunter. Ting Tong ! Pintu kedai 7 eleven berbunyi kerana jack menolaknya. Jack mula tersenyum sinis, Maya membalas senyuman nya itu dengan muka sedikit bingung. Jack pun berjalan terus ke kawasan coklat. Memerhatikan pelbagai jenis coklat yang ada disitu, lalu Jack mencapai coklat cadbury hazel nut, dan terus ke kaunter pembayaran dimana Maya berada disitu.....

Jack: emm, err..hai Maya..
Maya: yup, hai jackkk..
Jack: Berapa ek harga coklat ni?
Maya mengambil coklat itu lalu di scan kan ke komputer.
Maya: Rm2.80. Ni je?
Jack: Yup, itu je.
Selepas Jack membayarnya, Maya memasukkan coklat itu ke dalam plastik untuk diberi kepada Jack.
Dengan nada yang sikit gementar, Jack pun berkata..
Jack: emm, saya beli coklat ni bukan untuk saya, tetapi untuk awak Maya. Harap awak sudi terima.
Maya: Eh yeke? Tapi kenapa?
Maya kebingungan..
Jack: Sebab....sebab..err..
Jack mula teragak-agak..
Maya: Hee, apelah awak ni jack. Sebab apa sebenarnye. Cakaplah. Saya ok la.
Jack: Em sebab..
Jack: SAYA SUKA AWAK. :p


-Yes ! Jack berjaya pikat Maya akhirnya. Sekarang dah masuk bulan ke 4 Jack bersama dengan Maya. Loving you Maya !-

the end
rekaan: orenskool

Font Pes 2012 For Pes 6 (updated)



Hello all, now I want to share to you all font from Pes 2012 to Pes 6. Actually, this is not my work, I got it from other websites. Credit to Mr. Saborio, your work is great! There are two fonts and you can choose one. Then you go to program files \ Konami \ pro evolution soccer 6 \ kitserver \ dat \ o_text.afs, and you put this file there. Here the screenshot:

click here for download: font 1 


click here for download: font 2

I prefer font one more look better than font 2, but it is up to you to choose. before that, I want to tell you that for a font 1 has several mistakes to the letter "a". So, sorry for that, but believe that this font is really cool. Thank you guys!

Geng !, ada lagi font aq nak kongsi ni. Semuanya ada 12 fonts. Haha. Thanks to mr saborio again. 
klik kat sini: 12 fonts

No Idea



Hello, hai semua. Rasa-rasanya dah lama juga aku tak bercerita kat sini. Maklumlah busy. Ini pun saja tangan gatal sangat hendak menaip. Sebab itu tajuk nya pun “no idea”. Hee. Eh nak bagi tahu, sekarang aku pakai handphone baru. Model nokia 5800 xpress music saja. Mesti korang akan cakap dalam hati, “alahai, model lama? Peduli apa aku. Duit aku. Jangan marah. Hehehe

Sebenarnya dah lama aku nak pakai handphone model ni, tapi teragak-agak, tu yang baru sekarang rasa confident tu ada. Dan akhirnya, dalam genggaman dah. Serius beb, best sangat2. Sound ok, camera ok, laju even guna 8 gb, ada wifi, n macam-macamlah. Software pun dah macam-macam dah aku install. Font pun dah tukar. Hahaha. Taksub plak aku ni, tp memang best. 


 gambar font yang aku dah tukar. Hee

Tiga hari yang lepas aku menang main street soccer. No 2 je. Jadilah kan. Tapi macam tak percaya, selama ni main mana pernah smpai final, paling tinggi pun suku akhir. Alhamdullilah. Hehe. Dapatlah sikit duit. Apa-apa? Aku? Top scorer? Eh, aq tak cakap pun. Haha. Poyos siot !

Eh, lupa nak bagi tahu, aku baru 5 jam lepas tengok movie “cinta kura-kura”. Korang dah tengok? Best kan, bagi aku lah. Macam seronok je kalau jalan cerita hidup kita macam tu. Haha. Yela, tak ada beban pun mamat tu. Jalan cerita memang digarap smooth je, ada juga part yang mengarut sikit dalam movie ni, ada ke kura-kura pandai berkata-kata? Kalau jadi dekat dunia realiti ni, memang aku dah cabut lari. Tapi okla, korang try lah tengok nanti ye. Sure best. Psstt! Cantik juga Tiz Zaqyah ni ek. Hahahaa

Em okla, cukuplah tu, nanti sambung lagi. Sebelum aku stop, korang layan la video yang aku share ni. Salute babe! Thanks to my lovely friend bagi tahu pasal video ni. Aku dengan member-member lain kagum gila babeng dekat part chorus. Enjoy guys !