Software free isms v2.0 for nokia 5800



Hello! Hello !
Salam semua. Post kali ni pendek je. Aku nak kongsikan software untuk nokia 5800 atau s60v5 iaitu free isms v2.0. Ini merupakan version terbaru. Software ni merupakan software untuk ber'messaging' dengan kawan korang ala-ala iphone. Ala-ala? What alal-ala? (ala-ala = seperti) Hehehe. Kat bawah ni aku tunjukkkan overview untuk software ni. Hope korang suka. Ok, bai !

suka?
Link untuk download: klik disini

Loving You Maya



Hehe, saja suka-suka. Layan je. :P

Satu hari di rumah no 4, Taman Mahkota..

Jack: Hurm, macam mana lah aku nak usha sorang awek ni ek. Selalunya tak pernah malu, gugup pun tak pernah. Tapi kali ni lain macam pulak rasanya. Idea oh idea. Tolong lah kat aku. Hehehe.

Jack, seorang budak lelaki berumur 20 tahun, fans hard kepada band hujan, suka giler dekat sorang awek ni bernama Maya. Tetapi dia malu dan gementar sangat-sangat untuk berterus terang dengan awek tu. Maya, seorang gadis yang suka berkemeja petak-petak berumur 19 tahun. Tinggal berdekatan dengan rumah Jack. Sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran, Maya bekerja sementara sebagai cashier di kedai 7 eleven berdekatan dengan taman perumahan mereka.

Maya mula bekerja pada jam 10 pagi dan pulang pada jam 8.30 malam. Setiap hari, Maya akan menaiki scooternya yang comel untuk ke tempat kerja. Begitulah rutin harian Maya setiap hari. Jack pulak, bekerja sebagai pembantu merangkap boss di kedai cyber cafe milik abangnya. Waktu bekerja bagi Jack pulak adalah mengikut mood dia. Kalau lambat dia bangun, lambat lah cyber cafe tu nak bukak. Jadi, tepat jam 10 pagi, abangnya akan telefon dia untuk mengejutnya dari tidur supaya bangun buka kedai.

Kedai cyber cafe Jack terletak berhadapan dengan kedai 7 eleven tempat Maya bekerja. Cuma jalan sehala yang menghalang kedai mereka dari bercantum. Hehehe. Disebabkan itulah, Jack mula perasan bahawa ada awek yang comel bekerja dekat dengan kedai nya. Dan disebabkan itulah Jack rajin pergi kerja. Hahaha.

Sebenarnya, jack dah lama nak luahkan perasaannya kepada Maya tapi keseganan sering menghalang. Hampir 2 bulan jack memendam rasa, dan tibalah pada hari ini, jack mendapat idea dan bertekad untuk berterus terang kepada Maya.

Dengan langkah yang jiwang dan yakin, berkasut puma cabana dan berbaju pacman, Jack berjalan keluar dari kedainya, melintas jalan dan menuju ke kedai 7 eleven. Matanya tajam memandang Maya yang berada di kaunter. Ting Tong ! Pintu kedai 7 eleven berbunyi kerana jack menolaknya. Jack mula tersenyum sinis, Maya membalas senyuman nya itu dengan muka sedikit bingung. Jack pun berjalan terus ke kawasan coklat. Memerhatikan pelbagai jenis coklat yang ada disitu, lalu Jack mencapai coklat cadbury hazel nut, dan terus ke kaunter pembayaran dimana Maya berada disitu.....

Jack: emm, err..hai Maya..
Maya: yup, hai jackkk..
Jack: Berapa ek harga coklat ni?
Maya mengambil coklat itu lalu di scan kan ke komputer.
Maya: Rm2.80. Ni je?
Jack: Yup, itu je.
Selepas Jack membayarnya, Maya memasukkan coklat itu ke dalam plastik untuk diberi kepada Jack.
Dengan nada yang sikit gementar, Jack pun berkata..
Jack: emm, saya beli coklat ni bukan untuk saya, tetapi untuk awak Maya. Harap awak sudi terima.
Maya: Eh yeke? Tapi kenapa?
Maya kebingungan..
Jack: Sebab....sebab..err..
Jack mula teragak-agak..
Maya: Hee, apelah awak ni jack. Sebab apa sebenarnye. Cakaplah. Saya ok la.
Jack: Em sebab..
Jack: SAYA SUKA AWAK. :p


-Yes ! Jack berjaya pikat Maya akhirnya. Sekarang dah masuk bulan ke 4 Jack bersama dengan Maya. Loving you Maya !-

the end
rekaan: orenskool

Font Pes 2012 For Pes 6 (updated)



Hello all, now I want to share to you all font from Pes 2012 to Pes 6. Actually, this is not my work, I got it from other websites. Credit to Mr. Saborio, your work is great! There are two fonts and you can choose one. Then you go to program files \ Konami \ pro evolution soccer 6 \ kitserver \ dat \ o_text.afs, and you put this file there. Here the screenshot:

click here for download: font 1 


click here for download: font 2

I prefer font one more look better than font 2, but it is up to you to choose. before that, I want to tell you that for a font 1 has several mistakes to the letter "a". So, sorry for that, but believe that this font is really cool. Thank you guys!

Geng !, ada lagi font aq nak kongsi ni. Semuanya ada 12 fonts. Haha. Thanks to mr saborio again. 
klik kat sini: 12 fonts

No Idea



Hello, hai semua. Rasa-rasanya dah lama juga aku tak bercerita kat sini. Maklumlah busy. Ini pun saja tangan gatal sangat hendak menaip. Sebab itu tajuk nya pun “no idea”. Hee. Eh nak bagi tahu, sekarang aku pakai handphone baru. Model nokia 5800 xpress music saja. Mesti korang akan cakap dalam hati, “alahai, model lama? Peduli apa aku. Duit aku. Jangan marah. Hehehe

Sebenarnya dah lama aku nak pakai handphone model ni, tapi teragak-agak, tu yang baru sekarang rasa confident tu ada. Dan akhirnya, dalam genggaman dah. Serius beb, best sangat2. Sound ok, camera ok, laju even guna 8 gb, ada wifi, n macam-macamlah. Software pun dah macam-macam dah aku install. Font pun dah tukar. Hahaha. Taksub plak aku ni, tp memang best. 


 gambar font yang aku dah tukar. Hee

Tiga hari yang lepas aku menang main street soccer. No 2 je. Jadilah kan. Tapi macam tak percaya, selama ni main mana pernah smpai final, paling tinggi pun suku akhir. Alhamdullilah. Hehe. Dapatlah sikit duit. Apa-apa? Aku? Top scorer? Eh, aq tak cakap pun. Haha. Poyos siot !

Eh, lupa nak bagi tahu, aku baru 5 jam lepas tengok movie “cinta kura-kura”. Korang dah tengok? Best kan, bagi aku lah. Macam seronok je kalau jalan cerita hidup kita macam tu. Haha. Yela, tak ada beban pun mamat tu. Jalan cerita memang digarap smooth je, ada juga part yang mengarut sikit dalam movie ni, ada ke kura-kura pandai berkata-kata? Kalau jadi dekat dunia realiti ni, memang aku dah cabut lari. Tapi okla, korang try lah tengok nanti ye. Sure best. Psstt! Cantik juga Tiz Zaqyah ni ek. Hahahaa

Em okla, cukuplah tu, nanti sambung lagi. Sebelum aku stop, korang layan la video yang aku share ni. Salute babe! Thanks to my lovely friend bagi tahu pasal video ni. Aku dengan member-member lain kagum gila babeng dekat part chorus. Enjoy guys !



Oh ! Now I Already Know




YOU GIRLS ! I wanna write 'i miss you' on a rock and throw it at your face,
so you know how much it hurts to miss you.

27 March 2012



My shoes..
My father has a pair of shoes
So beautiful to see.
I want to wear my father's shoes.
They are too big for me.

My baby brother has a pair
As cunning as can be.
My feet won't go into that pair.
They are too small for me.

There's only one thing that I can do
Till I get small or grown.
If I want to have some fitting shoes
I'll have to wear my own.

Masalah Dengan Link Mediafire




Hello guys, salam semua. Kali ni aku nak tunjukkan cara-cara untuk download apa-apa pun dari link MEDIAFIRE. Sepertimana yang kita tahu, setiap kali kita download dari link mediafire ni mesti akan tunjuk "file have been removed or link are broken", right? Serius geram kan? :P

Sekarang ni korang tak payah nak susah hati, ni aku kongsikan cara-cara untuk download dari link mediafire tu.

1. Klik link download seperti biasa.
2. Ketika button "Skip Ads" muncul, JANGAN click kiri button tersebut tapi Click kanan lalu click "copy link location" seperti gambah dibawah.



3. Lalu paste link tersebut ke address bar webbrowser korang.
4. Smile always !

p/s:ni untuk mediafire je. Yang lain-lain aku tak tahu ye. Thanks to dhaw666

Uji Minda




Aku pun pening memikirkannya. Serius wey!!!

-warl0ck-

Best Add On For Firefox



Hello guys! Lama tak update. Hee. Hope korang sihat la ye. Post kali ni aku nak kongsikan sikit tentang? Tentang apa ye? Haha. Tu tajuk kat atas tu. Best add-on untuk firefox@mozilla.

Sebelum tu, add-on ni khas untuk firefox@mozilla je, jadi pada siapa-siapa yang guna google chrome ada masa nanti aku update kan ye. Bukan apa, aku kurang minat sikit google chrome tu, sebabnya? Hee, ikut kesesuaian diri sendiri la kan.

Ok2, kita straight to the point. Apa itu add-on? Bagi sesiapa yang tak tahu, ni aku nak ceritakan sikit. Add-on merupakan komponen pilihan, ianya juga boleh dipanggil perisian dimana tugasnya menyokong perisian yang utama, sebagai contoh firefox@mozilla. Jadi add-on akan menambah fungsi kepada firefox@mozilla korang. Ertinya, tanpa tambahan add-on sekalipun firefox@mozilla korang tetap akan berfungsi seperti biasa, tetapi akan lebih bagus lagi jika di tambah beberapa add-on ini. Fuhh! Penat terangkan. Hee.

1. Add block plus - Klik sini
2. Super start - Klik sini
3. Thumbnail zoom plus - Klik sini
4. Google translate(untuk translate 1 pages terus) -  Klik sini
5. Fxchrome - Klik sini

Ok, ni je buat masa ni. Add block plus tu untuk block iklan-iklan, spam ke atau apa saja yang selalu muncul dalam pages yang korang bukak, super start pulak untuk buat firefox korang lebih efisien dan kemas, thumbnail zoom plus pulak untuk zoom gambar atau video supaya lebih besar tanpa korang klik gambar atau video tersebut, googgle translate tu fungsinya macam biasa la. Hee. Dan yang last sekali fxchrome tu supaya ubah design firefox korang macam google chrome.


Hope korang suke la ye!
-warl0ck-

Stadium Pes 6 (Turf Pes 2012 HD)



Hello semua, kali ni aku nak share kan stadium untuk game PES 6. Stadium ni merupakan versi HD iaitu turf (padang) versi PES 2012. Cuma ada 2 je. Ni aku sediakan sikit gambar untuk review stadium ni.



1. ESP - Nou Camp,Barcelona FC
2. LFP - Santiago Bernabeu, Real Madrid
Kalau korang berminat, download la ye. Saje nak share. Lagi satu, kalau tak paham macam mana nak masuk kan stadium ni dalam PES 6 korang, just pm aku ye. Nanti aku tolong. Enjoy!

Ni link nya:

-warl0ck-

Garage Terbuka




Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50-an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.
Pada suatu hari tu, bos ni memanggil dia punya setiausaha masuk ke ofisnya. Seperti biasa setiausahanya pun masuk.
“Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client” kata bos tadi.
Si bos ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. “Biasa la bos, malas nak tulis”. Cakap punya cakap, bos ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar. 10 minit kemudian bile setiausahanya selesai tulis surat tersebut, dia pun mula bersuara.

Setiausaha : bos.. pagi tadi kan, masa saya nak datang ke ofis, saya nampak pintu garage bos terbuka.
Bos : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke? Tak apa, nanti saya call rumah. Terima kasih.
Si setiausaha pun pulang semula ke meja dia dan si bos pun call rumah dan bertanya wife dia. 

Bos : Yang.. Tolong tengokkan garage rumah kita, pintu dia terbuka la.
Bini : Tak la bang. Baru tadi saya tengok, mana ada terbuka.
Bos : Iye.. Terbuka.. Cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk.. tertutup. Saya tahu la bang..
Bos : Pergi la tengok.. Kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak??
Bini : Okay la.. Okay la..

Setelah setengah jam kemudian semasa bos ni tengah rilex-rilex, baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka (dah memang perangai dia tak suka pakai underwear..). Maka nampaklah.. mengelabahlah si bos ni memikirkan macam mana nak cover malu kat setiausaha dia tu.. dan petang yang sama juga..

Bos : Errr.. Tadi pagi masa you nampak garage I terbuka, ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Setiausaha : Tak, yang I nampak cuma ada Mini Cooper, dengan dua tayar depannya pancit..
wakakaakakakaakaka

Moral: Jangan berlagak.. dan pastikan sentiasa berunderwear..

Oh Semangat




Rindu sangat dekat family. Mak, abah, adik-beradik semua dan et. Nak sangat bergurau dengan dorang semua. Tapi sekarang aku jauh, masih belajar. Habis je belajar ni, aku nak cari kerja dan duduk dekat je dengan family. Apa-apa hal pun terjadi, dorang semua depan mata aku. Aku pun jika ada masalah, senang nak mintak tolong dengan dorang. Huh! rindunya. Tak ada semangat dah. Please, bagi sedikit semangat. aku nak hidup ceria macam dulu.

Junko Furota – Mangsa Seks Yang Paling Malang



junko furota
Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. Honestly, sebelum ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.
Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.
Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:

  • Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史 Yokoyama Hiroshi))
  • Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲 Kamisaku Jō?))
  • Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
  • Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
  • Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
  • Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)
Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’.

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.
Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

Update: Menurut maklumat tambahan daripada pembaca, setelah kematian Junko Furota, pembunuh-pembunuhnya menyangkakan dia berpura-pura mati, lalu membalut mayatnya dengan selimut dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. Setelah itu, mereka memasukkan beg itu ke dalam tong dram 55 gelen dan membancuh simen ke dalam tong itu, dan membuangnya ke sebuah saluran di tanah terbiar di Koto, Tokyo. Sesetengah laporan menyebut bahawa ibu Junko pengsan setelah mengetahui kisah sebenar yang berlaku kepada anaknya dan terpaksa menjalani terapi, walau bagaimanapun sesetengah yang lain mengatakan ibu bapanya telah lama mengetahui keadaannya ketika didera di rumah Kamisaku, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali merayau-rayau di sekeliling rumah tersebut.

So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut.

Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
 
P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai nyawa-nyawa ikan!

Berehatlah dengan tenang Junko…

credted to: http://bedaduz2.blogspot.com

Bulan Untuk Awak



I just want someone who want to be near me.
To whisper in my ear.
To hold my hand.
To put my hair back behind my ear when it falls in front.
To wrap me in his arms.
And tell me he loves me.


Macam aku je orang tu?? Hehe.

Bestnya Hidup



Salam semua, lama jugak rasanya jari ni tak bertaip-taip. Huhu. Bukan malas, idea banyak, cuma nak menaip dan mengarang tu yang malas. Eh kira malas la tu. Haha. Apalah aku ni.

Hari ni dah masuk minggu ke 2 aku bercuti semester. Best tu memang la best. Boleh makan sepuasnya, tidur lambat bangun pun lambat, online 24 jam, main bola. Kira semuanya best-best la. Hehehe. Tapi tak boleh amalkan selalu, sebabnya mak aku kadang-kadang marah. Haha. Tadi baru je kena marah.
"Esok kau bangun cepat! hantar mak pergi pasar!"
Ok bos aku jawab. Haha. Mak oh mak, bagi la saya can untuk berehat. :P

Waktu cuti ni, banyak aku dengar kawan-kawan dari zaman sekolah dulu dah nak bertunang. Ada jugak yang dah berkahwin. Tahniah la aku cakap. Dalam hati. Bukan apa, jeles pun ada, aku ni ha belajar pun tak habis lagi, apatah lagi nak kerja. Hurm. Cobaan. Belajar rajin-rajin ye. Kumpul duit banyak-banyak, main saham ke, dah berlambak. Baru boleh fikir pasal kahwin. Kan mak kan? Hahaha. Mak aku selalu pesan cam gi tu. Thanks mak.

Baru-baru ni aku ada baca 1 artikel, yang mengatakan air coca-cola tu ada alkohol. Uh! Setelah 125 tahun baru coca-cola memberitahu kepada dunia bahawa kandungan dalam air dorang tu ada alkohol. Macam tak percaya kan? Lepas ni haram takkan sesekali pun aku beli air ni lagi. Hee. Buat air milo kat rumah lagi best. Betul tak?


Okla, habis cerita pasal air ni. Aku rasa tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul. I love Rasullullah. Hee. Ingat geng, contohi semua sifat-sifat Rasullullah kita. Hayati pengorbanan beliau, kisah beliau dan jangan lupa ambil teladan. Cewah! Macam baik sangat je aku ni. Tapi tak salah kan? Hahaha.

Em okla geng, sampai kat sini dulu. Eh lupa, hepi thaipusam jugak ye. :P
Salam...

Kau



Saja nak kongsikan. Kau! :P

Nidji - Jatuh



ooh bila waktu takkan berhenti
jantungku tetap bernyanyi
bertahan demi impian
menyerah bukan jawaban untuk kita

bila kau jatuh bangun lagi, genggam tanganku
menyerah bukan jawabannya
menuju hidup yang lebih baik ooh ooh
menuju hidup yang lebih baik

bila waktu terus bergulir
kisahmu tetap tertulis ooh
bersyukur tanpa bertanya
berjuang tanpa berfikir untuk menyerah

bila kau sedih senyum lagi dan jalani hidup
menyerah bukan jawabannya
menuju hidup yang lebih baik ooh ooh
menuju hidup yang lebih baik

ooh waktu berhentilah aku harus siapkan hati
mudahkanlah jalanku menjadi bahagia

bila kau jatuh bangun lagi, genggam tanganku
bila kau sedih senyum lagi dan jalani hidup
menyerah bukan jawabannya menuju hidup yang lebih
bila kau jatuh bangun lagi, bila kau sedih senyum lagi
bila kau jatuh bangun lagi, bila kau sedih senyum lagi

Nak dengar? DOwnload kat sini Nidji - Jatuh

Oh Arsenal




Selamat semua! Harap ok-ok je. Kali ni saja nak kongsikan sikit tentang kelab bola sepak Arsenal. Hee. Aku ni penyokong tegar kelab Arsenal ni. Sejak dari bangku sekolah lagi. Salah satu sebabnya, ada Henry. Haha. Selain tu, coach kelab Arsenal ni, Arsene Wenger merupakan seorang yang suka mencari bakat-bakat@pemain-pemain muda, lepas tu, bila dah hebat pemain-pemain muda ni, dia boleh pergi jual pulak. Hahaha. So, kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang kelab ni, rujuk la kat link ni. Semua ada, profile pemain, sejarah kelab, transfer pemain dan so on la. :P


Antara line-up yang berbisa pernah aku tengok. Eh apa pasal ada 12 orang ni? Budak kecik tu bukan ye, hehe. Tapi, yang tak berbisanya, aku rasa dah nak dekat 7 ke 8 musim (kalau salah, maap) kelab Arsenal ni tak menang apa-apa title. Hurm, sedih jugak la. Hope musim ni atau musim akan datang Arsenal menang la walaupun title nya cikai. Hee. Em okla, cop kat sini dulu. Wake up arsenal!  \m/

Kalau Itu Yang Saya Tak Nak




 1 hari nanti,
Oh 1 hari nanti,
Saya akan keseorangan,
Sekali lagi dan lagi sekali,
Hidup tanpa dia lagi,
Makan tanpa dia lagi,
Semuanya tanpa dia lagi,
Awak,
Jujur saya tak sedia apa-apa pun lagi,
Nak hidup tanpa awak,
Tahu ia nya kejap,
Tapi tu mulut yang selalu cakap,
Hati ni, kaki ni, tangan ni, mata ni, selalu tak cakap macam tu,
Tolong awak, tolong ajar saya,
Macam mana nak terima sesuatu yang akan jadi nyata,
Saya tak nak, saya memang tak nak,
Dan kalau boleh,
1 je yang saya nak...
Saya nak awak je.
=\

hak manusia untuk bercinta, bercinta sampai jadi gila.

Desktop Tercantik Aku





 Awak memang kena sepenuh perhatian dari saya
Kalau tak nanti awak macam semacam
Saya pula kena bagi sepenuh perhatian dekat awak
Kalau tidak saya pun macam semacam
Sedikit pun tidak pernah putus asa
Dengan sakit hati dan pelbagai macam ragam
Sehingga kan kadang kadang berlambak macam garam
Oh! Apalah awak ni buat saya macam ni

Tapi saya tak kesah
Sebab saya tak pandai nak marah
Lagipun...
Awak masa depan saya
Salah satu nikmat yang di kurniakan
Untuk saya jaga dengan sebaik baiknya
Segala benda , segala apa apa pun
Awak je kat dalam kepala saya ni
(^_^)

p/s: kenapa saya jiwang sangat?

14 Fakta Uniknya Bahasa Inggeris



1. Stewardesses adalah kata terpanjang yang dapat ditaip di keyboard hanya dengan menggunakan tangan kiri Anda. Sedangkan untuk tangan kanan, lollipop adalah yang terpanjang.

2. Tidak ada kata dalam bahasa Inggeris yang bersajak/berima dengan month, orange, silver, purple, angst dan scalp.

3. 'Dreamt' adalah satu-satunya kata bahasa Inggeris yang berakhir dengan huruf ‘mt’.

4. Kalimah ayat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

5. Kata racecar, kayak dan level dapat dibaca bolak-balik dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

6. Hanya ada empat kata dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata ‘dous’, iaitu: tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous.
v12gether.blogspot.com
7. Ada dua kata dalam bahasa Inggeris yang menggunakan kelima huruf hidup secara berurutan (a, e, i, o, u), iaitu: abstemious dan facetious.

8. Typewriter adalah kata terpanjang yang dapat ditaip menggunakan huruf-huruf yang terdapat pada satu baris keyboard (baris QWERTY).

9. Huruf yang paling sering dipakai dalam bahasa Inggeris adalah huruf ‘e’. Ini merupakan fakta baik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara umum, dalam karya fiksyen dan non-fiksyen, jurnalisme, kitab suci dan bahkan kode Morse!

10. Untuk huruf konsonan, huruf yang paling sering dipakai adalah huruf ‘t’.

11. Huruf yang paling sedikit digunakan dalam bahasa Inggeris adalah ‘q’ – bukan ‘z’.

12. Lima huruf yang paling sering muncul sebagai huruf pertama dalam kata bahasa Inggeris – secara berurutan – adalah ‘t’, ‘o’, ‘a’, ‘w’ dan ‘b’.

13. Hampir setengah dari seluruh kata bahasa Inggeris diakhiri oleh huruf ‘e’, ‘t’, ‘d’ dan ‘s’.

14. 'The' adalah kata yang paling sering digunakan dalam bahasa Inggeris. Jika Anda tidak percaya, cubalah berbicara dalam bahasa Inggeris standart yang benar selama 5 minit tanpa menggunakan kata ‘the’.