Loving You Maya



Hehe, saja suka-suka. Layan je. :P

Satu hari di rumah no 4, Taman Mahkota..

Jack: Hurm, macam mana lah aku nak usha sorang awek ni ek. Selalunya tak pernah malu, gugup pun tak pernah. Tapi kali ni lain macam pulak rasanya. Idea oh idea. Tolong lah kat aku. Hehehe.

Jack, seorang budak lelaki berumur 20 tahun, fans hard kepada band hujan, suka giler dekat sorang awek ni bernama Maya. Tetapi dia malu dan gementar sangat-sangat untuk berterus terang dengan awek tu. Maya, seorang gadis yang suka berkemeja petak-petak berumur 19 tahun. Tinggal berdekatan dengan rumah Jack. Sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran, Maya bekerja sementara sebagai cashier di kedai 7 eleven berdekatan dengan taman perumahan mereka.

Maya mula bekerja pada jam 10 pagi dan pulang pada jam 8.30 malam. Setiap hari, Maya akan menaiki scooternya yang comel untuk ke tempat kerja. Begitulah rutin harian Maya setiap hari. Jack pulak, bekerja sebagai pembantu merangkap boss di kedai cyber cafe milik abangnya. Waktu bekerja bagi Jack pulak adalah mengikut mood dia. Kalau lambat dia bangun, lambat lah cyber cafe tu nak bukak. Jadi, tepat jam 10 pagi, abangnya akan telefon dia untuk mengejutnya dari tidur supaya bangun buka kedai.

Kedai cyber cafe Jack terletak berhadapan dengan kedai 7 eleven tempat Maya bekerja. Cuma jalan sehala yang menghalang kedai mereka dari bercantum. Hehehe. Disebabkan itulah, Jack mula perasan bahawa ada awek yang comel bekerja dekat dengan kedai nya. Dan disebabkan itulah Jack rajin pergi kerja. Hahaha.

Sebenarnya, jack dah lama nak luahkan perasaannya kepada Maya tapi keseganan sering menghalang. Hampir 2 bulan jack memendam rasa, dan tibalah pada hari ini, jack mendapat idea dan bertekad untuk berterus terang kepada Maya.

Dengan langkah yang jiwang dan yakin, berkasut puma cabana dan berbaju pacman, Jack berjalan keluar dari kedainya, melintas jalan dan menuju ke kedai 7 eleven. Matanya tajam memandang Maya yang berada di kaunter. Ting Tong ! Pintu kedai 7 eleven berbunyi kerana jack menolaknya. Jack mula tersenyum sinis, Maya membalas senyuman nya itu dengan muka sedikit bingung. Jack pun berjalan terus ke kawasan coklat. Memerhatikan pelbagai jenis coklat yang ada disitu, lalu Jack mencapai coklat cadbury hazel nut, dan terus ke kaunter pembayaran dimana Maya berada disitu.....

Jack: emm, err..hai Maya..
Maya: yup, hai jackkk..
Jack: Berapa ek harga coklat ni?
Maya mengambil coklat itu lalu di scan kan ke komputer.
Maya: Rm2.80. Ni je?
Jack: Yup, itu je.
Selepas Jack membayarnya, Maya memasukkan coklat itu ke dalam plastik untuk diberi kepada Jack.
Dengan nada yang sikit gementar, Jack pun berkata..
Jack: emm, saya beli coklat ni bukan untuk saya, tetapi untuk awak Maya. Harap awak sudi terima.
Maya: Eh yeke? Tapi kenapa?
Maya kebingungan..
Jack: Sebab....sebab..err..
Jack mula teragak-agak..
Maya: Hee, apelah awak ni jack. Sebab apa sebenarnye. Cakaplah. Saya ok la.
Jack: Em sebab..
Jack: SAYA SUKA AWAK. :p


-Yes ! Jack berjaya pikat Maya akhirnya. Sekarang dah masuk bulan ke 4 Jack bersama dengan Maya. Loving you Maya !-

the end
rekaan: orenskool

1 comments:

berubahlah... said...

tngok d link aku....aku dah postkan patch liga malaysia....