Stadium Pes 6 (Turf Pes 2012 HD)



Hello semua, kali ni aku nak share kan stadium untuk game PES 6. Stadium ni merupakan versi HD iaitu turf (padang) versi PES 2012. Cuma ada 2 je. Ni aku sediakan sikit gambar untuk review stadium ni.



1. ESP - Nou Camp,Barcelona FC
2. LFP - Santiago Bernabeu, Real Madrid
Kalau korang berminat, download la ye. Saje nak share. Lagi satu, kalau tak paham macam mana nak masuk kan stadium ni dalam PES 6 korang, just pm aku ye. Nanti aku tolong. Enjoy!

Ni link nya:

-warl0ck-

Garage Terbuka




Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50-an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.
Pada suatu hari tu, bos ni memanggil dia punya setiausaha masuk ke ofisnya. Seperti biasa setiausahanya pun masuk.
“Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client” kata bos tadi.
Si bos ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. “Biasa la bos, malas nak tulis”. Cakap punya cakap, bos ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar. 10 minit kemudian bile setiausahanya selesai tulis surat tersebut, dia pun mula bersuara.

Setiausaha : bos.. pagi tadi kan, masa saya nak datang ke ofis, saya nampak pintu garage bos terbuka.
Bos : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke? Tak apa, nanti saya call rumah. Terima kasih.
Si setiausaha pun pulang semula ke meja dia dan si bos pun call rumah dan bertanya wife dia. 

Bos : Yang.. Tolong tengokkan garage rumah kita, pintu dia terbuka la.
Bini : Tak la bang. Baru tadi saya tengok, mana ada terbuka.
Bos : Iye.. Terbuka.. Cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk.. tertutup. Saya tahu la bang..
Bos : Pergi la tengok.. Kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak??
Bini : Okay la.. Okay la..

Setelah setengah jam kemudian semasa bos ni tengah rilex-rilex, baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka (dah memang perangai dia tak suka pakai underwear..). Maka nampaklah.. mengelabahlah si bos ni memikirkan macam mana nak cover malu kat setiausaha dia tu.. dan petang yang sama juga..

Bos : Errr.. Tadi pagi masa you nampak garage I terbuka, ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Setiausaha : Tak, yang I nampak cuma ada Mini Cooper, dengan dua tayar depannya pancit..
wakakaakakakaakaka

Moral: Jangan berlagak.. dan pastikan sentiasa berunderwear..

Oh Semangat




Rindu sangat dekat family. Mak, abah, adik-beradik semua dan et. Nak sangat bergurau dengan dorang semua. Tapi sekarang aku jauh, masih belajar. Habis je belajar ni, aku nak cari kerja dan duduk dekat je dengan family. Apa-apa hal pun terjadi, dorang semua depan mata aku. Aku pun jika ada masalah, senang nak mintak tolong dengan dorang. Huh! rindunya. Tak ada semangat dah. Please, bagi sedikit semangat. aku nak hidup ceria macam dulu.

Junko Furota – Mangsa Seks Yang Paling Malang



junko furota
Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. Honestly, sebelum ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.
Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.
Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:

  • Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara(横山裕史 Yokoyama Hiroshi))
  • Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲 Kamisaku Jō?))
  • Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
  • Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
  • Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
  • Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)
Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’.

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.
Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

Update: Menurut maklumat tambahan daripada pembaca, setelah kematian Junko Furota, pembunuh-pembunuhnya menyangkakan dia berpura-pura mati, lalu membalut mayatnya dengan selimut dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. Setelah itu, mereka memasukkan beg itu ke dalam tong dram 55 gelen dan membancuh simen ke dalam tong itu, dan membuangnya ke sebuah saluran di tanah terbiar di Koto, Tokyo. Sesetengah laporan menyebut bahawa ibu Junko pengsan setelah mengetahui kisah sebenar yang berlaku kepada anaknya dan terpaksa menjalani terapi, walau bagaimanapun sesetengah yang lain mengatakan ibu bapanya telah lama mengetahui keadaannya ketika didera di rumah Kamisaku, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali merayau-rayau di sekeliling rumah tersebut.

So that’s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut.

Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
 
P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai nyawa-nyawa ikan!

Berehatlah dengan tenang Junko…

credted to: http://bedaduz2.blogspot.com

Bulan Untuk Awak



I just want someone who want to be near me.
To whisper in my ear.
To hold my hand.
To put my hair back behind my ear when it falls in front.
To wrap me in his arms.
And tell me he loves me.


Macam aku je orang tu?? Hehe.

Bestnya Hidup



Salam semua, lama jugak rasanya jari ni tak bertaip-taip. Huhu. Bukan malas, idea banyak, cuma nak menaip dan mengarang tu yang malas. Eh kira malas la tu. Haha. Apalah aku ni.

Hari ni dah masuk minggu ke 2 aku bercuti semester. Best tu memang la best. Boleh makan sepuasnya, tidur lambat bangun pun lambat, online 24 jam, main bola. Kira semuanya best-best la. Hehehe. Tapi tak boleh amalkan selalu, sebabnya mak aku kadang-kadang marah. Haha. Tadi baru je kena marah.
"Esok kau bangun cepat! hantar mak pergi pasar!"
Ok bos aku jawab. Haha. Mak oh mak, bagi la saya can untuk berehat. :P

Waktu cuti ni, banyak aku dengar kawan-kawan dari zaman sekolah dulu dah nak bertunang. Ada jugak yang dah berkahwin. Tahniah la aku cakap. Dalam hati. Bukan apa, jeles pun ada, aku ni ha belajar pun tak habis lagi, apatah lagi nak kerja. Hurm. Cobaan. Belajar rajin-rajin ye. Kumpul duit banyak-banyak, main saham ke, dah berlambak. Baru boleh fikir pasal kahwin. Kan mak kan? Hahaha. Mak aku selalu pesan cam gi tu. Thanks mak.

Baru-baru ni aku ada baca 1 artikel, yang mengatakan air coca-cola tu ada alkohol. Uh! Setelah 125 tahun baru coca-cola memberitahu kepada dunia bahawa kandungan dalam air dorang tu ada alkohol. Macam tak percaya kan? Lepas ni haram takkan sesekali pun aku beli air ni lagi. Hee. Buat air milo kat rumah lagi best. Betul tak?


Okla, habis cerita pasal air ni. Aku rasa tak terlambat lagi kot nak ucapkan selamat menyambut maulidur rasul. I love Rasullullah. Hee. Ingat geng, contohi semua sifat-sifat Rasullullah kita. Hayati pengorbanan beliau, kisah beliau dan jangan lupa ambil teladan. Cewah! Macam baik sangat je aku ni. Tapi tak salah kan? Hahaha.

Em okla geng, sampai kat sini dulu. Eh lupa, hepi thaipusam jugak ye. :P
Salam...