Air - Song For You



Don't cry just wept your pain from your eyes
Let's makes me for to your heart 
Sorry It's all I can say to your heart 
You're always with me 
You are my dream, my sweetest dream 
Please babe, don't leave me alone  
Hold me tight close in my arms 
I'm with you wherever you are 
You're always be, my have beloved and this love will last forever  
Trust me I know watch you having through 
Believe me I'm here for you 
Feel me I always be around you wherever I go

untuk: et

Suka? klik sini untuk download.

SabtuDay Holiday



Hai semua! Hehehe. Post kali ni aku nak kongsikan sikit "holiday" aku ke negara jiran, Thailand. Holiday nya cuma 1/2 hari je. Wahhh, excited tu. Buat kali pertama aku jejakkan kaki ke tanah thai. Apa nama tempat tu, Sutan? Kalau silap maaf ye. Hahaha. Perjalanan lebih kurang 2 jam jugak dari tempat belajar aku. Sampai je kat Wang Kelian, salah satu tempat yang mana sempadan malaysia-thailand, agak ramai jugak la orang kat sana. Barang-barang yang dijual pun agak murah. Kawasan bebas cukai la katakan. Dapat la jugak angkat jam "casio". Hehehe. Murah je, tapi berbaloi la. Lama dah cari jam ni. :)

Khusyuk tengok barang-barang, ternampak la orang keluar masuk dari border imigresen. Teringin pulak rasa nak ke seberang(thailand). Hehehe. Tapi takut, yela pasport pon tak ada. Tak pasal-pasal kena tahan dek pegawai imigresen. Sia-sia je kan? Tapi bila tengok satu family ni, macam rilex je masuk lintas kawasan imigresen tu, tak puas hati pulak. So, last2 try la jugak tanya sorang pakcik ni. Rupa-rupanya boleh pergi ke kawasan thailand ni, tapi tak boleh lebih 1 kilometer tanpa guna passport. Makin excited la kan, jadi aku pun try la. Hehehe. Akhirnya jejak jugak ke Thailand. Yahoo!

Sempat la jugak ambil gambar semua. Posing sana, posing sini. Semua signboard aku ambil gambar. Padahal tak tahu pun maksud signboard tu. Yela, tulisan thailand, haram satu pun aku tak paham. Hahaha. Nanti kalau ada masa aku upload ye. Tapi yang sedihnya tak dapat bila apa-apa barang pun, sebabnya, dorang guna matawang thai iaitu bath. So, cuma dapat tengok-tengok je la, cuci mata.

Lebih kurang 1 jam berjalan, rasa dah puas sangat. Then aku pun balik. Kembali ke Malaysia. Hahahaha. Macam jauh je. Padahal dekat je. Tapi best wo. Siyes! Thanks kepada yang sudi bawak saya ke sana. Maap pakai baju lama. :) Sekian.

Asus Transformer Prime




"Asus Transformer Prime"
Antara tablet android terbaik sekarang ni.
Mantap kn? Hahaha.
Nak tahu lebih detail: tekan sini
Saja nak share gambar, nak beli tak mampu lagi.
apa pun, aku suka gila layan movie transformers.
oh megan fox. Hahaha. Chow!

Best Video Player = Daum PotPlayer



Hello, kali ni aku nak kongsikan satu perisian untuk memutarkan semua format video sesuai dengan laptop korang. "Daum Potplayer". Mesti korang jarang dengar kn? Video player ni agak kurang popular berbanding video player yang lain. Tapi bagi aku, pendapat sendiri la kan, video player ni ada kelebihannya sendiri. Dari segi kualiti untuk menonton HD video, daum potplayer memang paling terbaik. Lagi satu, video player ni ringan dan smooth je bila nak mainkan satu-satu video tu. Berminat?

Untuk download. Klik sini.

Ada lagi nak kongsi ni, hehehe. Skin untuk "daum potplyer" iaitu zetro skin. Ringkas dan stail.


skin daum potplayer - zetro skin

Ok. Kalau tak paham, roger aku ye. Sekian.

Oh Perempuan, Merajuk



Merajuk? Biasa la tu, normal la bila perempuan merajuk dengan lelaki. Bila merajuk, habis muncung mulut dia panjang je, mata dia mula la jeling sana sini dan mula tak ada mood la. Hehehe. Pernah korang alami? Mungkin ada la sebab dia merajuk tu, korang tak ingat tarikh penting dia ke, tak belikan dia hadiah pape ke, cemburu ke, saja main-main nak uji ke atau merajuk sebab lelaki dia layan bola lebih dari dia ke. Hahaha. Merajuk bahaya ke? tak pasal-pasal putus lak hubungan, adoi. Ish! Tak sanggup ah aku! Takpe, lelaki pun merajuk jugak kadang-kadang. Bagaimana nak pujuk si dia supaya tidak merajuk lagi dan kembalikan mood si dia gembira semula, anda tahu?

SENYUM
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen dengan tak pasal-pasal senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga tau. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang, dah gila agaknya..

BUAT LAWAK
Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti kasut high heels si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar cam lawak Saiful Apek. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak antarabangsa korang. Tak gelak gak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’^^.

BELI HADIAH
Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka ape? minat apa? ada apa-apa yang si dia idamkan?.cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair si dia, merajuk hilang. Err masih merajuk?. Cuba belikan kereta BMW 7 Series kat si dia, tak suka gak tak tahu la

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Hmm part ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je ngan korang, korang bagi sms/mms/voice sms kat si dia. Hantar la menunjukkan korang mintak maaf dan kalau boleh selitkan beberapa lawak antarabangsa ke. Senang je kan, tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun =P Guna surat je.~

BUAT ****H
Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat ****h je. Bila si dia marah, korang buat ****h gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang.hee~.

MERAJUK BALIK
Hmm paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk kat korang?.haha. Daripada korang kene pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang.hahaha. “U ni selalu je merajuk, benci la. I merajuk la dengan u” Err sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?

Ada berani mencuba?^^
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi, mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit + kecil + makan hati. Jadi lelaki patut tahu dan jaga mereka bagi tidak merajuk. Wanita pula patut bertimbang rasa dengan pasangan nya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap^^
to "awak",,maap ye.. (^_^)

credit to: http://wangerrard.com/