Bermulanya Cuti



Hello. Sekarang dah masuknya time cuti pertengahan semester. Lebih kurang 3 bulan juga. Best. Macam macam boleh buat. Kerja, tidur, main futsal, lepak. Banyak lagi ni. Hahaha. Kawan kawan yang sem last lepas ni praktikal harap harap dapat jumpa lagi korang semua. Best moment in my life. Best sangat ada kawan macam mereka mereka ni. Maaf kalau ada salah silap. Nanti hantar report tu jenguk jenguk la aku ye. Huhu. Lagi 1, cuti 3 bulan ni, susah la aku nak jumpa my soul aka GF aku. Sekarang mungkin tak rasa sangat rindu tu, nanti dah masuk seminggu atau 2 minggu (awalnya) haaa...Baru tau rindunya macam mana. Jiwang siot. Harap dia fikir apa yang aku tengah fikir sekarang. I hope you know dear, because of you, a thousand light was smile. :)) Apa pun, harap cuti nanti dapatlah aku post atau update blog aku ni. Em, ok lah, jumpa lagi. Chow!

Exam Tamat



Hello. Yahhhhooo000ooo!! Hari ini hari last aku exam. Best sey. Pastu 2 hari kemudian balik rumah. Dapat tidur sepuas puasnya. Makan semakan makannya. Hahaha. Doakan aku ya. Daaa =))



Spider Player = My Best Audio Player Ever



Hello. Kali ini aku nak kongsikan software audio player yang mana bagi aku sangat-sangat best. Korang tak suka korang punya pasal. Hee. Spider player? Jarang dengar kan. Spider player ini tak seGLAMOUR winamp, aimplayer dan lain-lain. Kelebihan? Emm. Amazing sound quality, Crossfading and Surround Sound. Skin spider player ni pun banyak. Dekat bawah tu screenshot software ni. lagi satu, spider player ni support minilyrics. Itu yang aku suka sangat tu. Berminat?






Baik Punya Karangan



klik untuk besarkan

Exam = Pening



Hello. Minggu exam dah bermula. Pagi esok examnya. Adoi peningnya. 4 Paper dah lepas dah. Huhuhu. Pening dah datang dah. Time-time ni la pening ni nak datang. Apa pun, doakan aku ya..amin..

Edit Gambar Guna Photoscape



Hello. Kali ini aku nak kongsi sikit tentang photoscape. Bukan photoshop ye. Hehehe. Photoscape ni kalau nak dibandingkan dengan photoshop memang agak kurang fungsinya, tapi percayalah photoscape ni banyak benda kita boleh buat. Selain edit gambar, macam-macam lagi boleh, yang penting korang kena banyak try and error. Huhuhu. Sebagai rujukan atau tutorial, korang boleh ke halaman ni.



Percayalah software ni memang best. Aku confirm. Tutorialnya pun agak mudah. Berminat? Ini link downloadnya..

psstt...Photoscape ni boleh edit gambar korang jadi HDR..Ini tutorialnya..:

Open photoscape, pilih gambar,
Kilk backlight, pilih (+/-) 200,
Sharpen - redius 5.0, amount 150%,
Filter - blur 8....
Hehe..kalau tak paham, tanya aku ye. Sebab tutorial ni aku yang reka sendiri. Thanks..

.Europe Champion League 2011.



Hello. Siapa sokong Barca? Siapa sokong Man U? Hehehehe. Maaf aku tidak sokong salah satu pun. Sebabnya pasukan pilihan aku dah tak layak awal-awal lagi. I'm the gunners. Arsenal! Huh! Tapi arsenal dah dikalahkan oleh Barca. Padan muka aku. Jadi final 28 May nanti aku akan sokong Man U. Hahaha. Firasat korang semua pasukan mana yang akan menang? Barca memang diakui cara permainan antara yang terbaik didunia sekarang ini. Tapi mengikut pengalaman, Man U yang mendahului. Susah juga kalau nak main teka-teka ni. Final masing-masing kena main dengan tenang dan berhati-hati. Silap-silap kena kad merah. Hancus terus! So, last word dari aku, kita jumpa final nanti ya. Arsenal! arsenal! hahaha..

Pro evolution soccer 6 (PC)



Hello. Aku rasa mesti ramai lagi kawan-kawan diluar sana masih memainkan game PES 6 ini. Walaupun sekarang konami telah pun mengeluarkan PES2011, namun masih ramai lagi yang tegar untuk memainkan game PES 6 ini. Salah seorangnya ialah aku. Haha. Tapi masih ramai lagi tidak tahu bahawa adakah lagi file-file atau apa-apa saja untuk update PES 6 ini. Haa, ini aku nak kongsikan satu blog atau laman web yang kita semua boleh rujuk atau tahu perkembangan tentang PES 6 ini. Diantaranya.

www.pesevo6.wordpress.com
http://www.evo-web.co.uk/forums/

Banyak tutorial dan update untuk PES 6 kat dua web di atas. Dari update bola, baju, stadium, lineup pemain, face, hair dan macam-macam la. Last word. Kalau ada yang tidak paham atau konpius. Tanyalah ke tuan punya tanah blog tu ya. Chow..

Software Malwarebytes Anti-Malware



Hello. Post yang pertama aku nak kongsikan ialah software yang boleh halang virus dari masuk ke laptop atau pc. Sekarang ini, banyak komen atau aduan dari kawan-kawan aku yang mengatakan semua benda dalam pendrive ataupun laptopnya jadi shortcut. Dan mereka yang geram terus saja format. Uh! Sebenarnya banyak cara untuk halang virus shortcut ini. Antaranya software malwarebytes anti malware. Malwarebytes Anti-Malware dirancang untuk cepat mendeteksi, menghancurkan, dan mencegah malware juga Malwarebytes Anti – Malware dapat mendeteksi dan menghapus virus. Silakan sedut. huhu.
http://www.mediafire.com/?6g49i58f8fwo43l

First Hello



Hello semua. Selamat datang ke blog aku. Harap sudi berkawan dan berteman. Simple dan open minded. Semua cerita kat dalam blog ni, hanyalah sedikit pengalaman hidup yang ingin dikongsi bersama. Dan ada la jugak direka-reka. Hee. Komen dari korang semua, positif bagi aku. Thanks bagi masa untuk seketika pada blog kecik ni. Hee. Chow!